CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, December 7, 2010

PENDAPAT TOKOH...

Buku merupakan penasihat yang kekal. Chambers.

Cintailah musuhmu kerana mereka akan menunjukkan kesalahan-kesalahanmu. Benjamin Franklin.

Jangan bertanya apa sumbangan negara kepadamu, tetapi tanyalah apa yang boleh kamu sumbangkan untuk negara. Abraham Lincoln.

Jangan memikirkan masa lampau atau masa akan datang, tetapi tawanlah saat ini dan ambillah manfaatnya. Pascal

Jika kita membenci orang, orang akan membenci kita. Pepatah Tibet.

Kejahatan yang dilakukan oleh manusia tetap hidup, walaupun orang itu telah mati. Shakespeare.

Kesedaran walaupun sesaat, sering kali lebih berharga berbanding pengalaman sepanjang hayat. Oliver Wendell Holmes.

Keyakinan akan memotivasikan diri anda untuk melangkah lebih tinggi. Dr. Irfan Khairi, jutawan internet di Malaysia.

Masa umpama pedang. Jika kamu tidak memancungnya, masa pasti akan memancung kamu. Pepatah Arab.

Merancang masa bermakna, merancang kejayaan. Dr. Irfan Khairi.

Orang yang bijaksana akan sentiasa dilanda kebimbangan. Zhuang Zi.

Orang yang rajin dan tabah tidak mudah mengatakan sesuatu itu, tiada harapan. Cicero.

Orang yang budiman ialah orang yang menghargai dan mengakui kelebihan bakat temannya. Confucious.

Orang yang berfikiran besar merupakan orang yang melihat bahawa fikiranlah yang bakal menguasai dunia. Napoleon Hill.

Pengalaman ialah guru terbaik. Cicero.

Usia tua datang tanpa dipanggil. Pepatah Jerman.

Rakyat itu akar bangsa. Jika akarnya sihat, maka pokoknya pun sihat. Beng Tju.

Seseorang yang mempunyai perancangan, dapat mengatasi sepuluh orang yang tidak mempunyai perancangan. Frank Tibolt.

Tiada kejahatan yang dapat dinilai sebagai baik, walaupun kejahatan itu dilakukan untuk tujuan yang baik. Pepatah Arab.

Manusia dilahirkan untuk meraih kejayaan, bukan untuk mengalami kegagalan. Henry Thoreau.

Wajah ialah saksi yang tidak pernah berdusta. Socrates.

Yang penting, bukan dari mana kita datang, tetapi ke mana kita akan pergi. J. Jayewarden

0 comments: